Sunday, November 28, 2010

ULASAN JURNAL


PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

BPME1013
ASAS KEUSAHAWANAN

ULASAN JURNAL

DISEDIAKAN OLEH :
HAJAR MARDHIAH ABU HASSAN
117006

DISEDIAKAN UNTUK :
PN. AZRAIN NASYRAH MUSTAPA


Bahagian A :
Wan Mohd Zaifurin Wan Nawang, & Nooran Nashriah Ramli. (2009). Nilai, sikap dan amalan       pegawai kanan institusi pengajian tinggi terhadap program pembangunan usahawan siswa. Jurnal Kemanusiaan, 14, 96-115.

Bahagian B :
Masalah pengangguran di kalangan siswa menjadi satu kebimbangan kepada segelinap masyarakat kini. Baik di pihak ibu bapa dan siswa sendiri, malah masalah ini turut mempengaruhi tingkat pembangunan negara. Dengan kesedaran beberapa pihak terutamanya Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD) satu program telah dirangka dan dilaksanakan di beberapa buah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang terpilih dengan bermatlamat untuk memupuk minat perniagaan di kalangan pelajar seterusnya memilih kerjaya keusahawanan apabila mereka tamat pengajian. Namun begitu setelah beberapa tahun ia dilaksana keputusannya hampar, hanya separuh graduan yang memilih kerjaya usahawan.
Semua Program keusahawanan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dinamakan Program Pembudayaan Keusahawanan Siswa yang mempunyai empat aktiviti utama. Aktiviti pertama merupakan modul keusahawanan yang diajar untuk semua pelajar tahun pertama sebanyak dua jam kredit. Aktiviti kedua ialah menganjurkan kursus asas keusahawanan siswa selama lima hari untuk pelajar tahun akhir. Manakala aktiviti ketiga ialah PPUS tajaan MeCD, iaitu subtopik dalam perbincangan kali ini. Aktiviti keempat pula ialah program Student In Free Enterprise (SIFE) yang bertujuan untuk menggalakakkan  siswa menjalankan aktiviti ekonomi dan kemasyarakatan bagi meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat setempat.    
Bagi mengungkai persoalan kenapa bidang keusahawanan tidak menjadi kerjaya pilihan satu kajian soal selidik telah dibuat dan diedarkan melalui email kepada beberapa pegawai kanan IPT yang terdiri daripada dekan dan mereka yang tiada pengalaman dalam bidang perniagaan. Objektif kajian adalah untuk mengkaji profil pegawai kanan IPT yang berkait dengan program keusahawanan pelajar, mengukur persepsi pegawai kanan terhadap kejayaan keusahawanan, mendapat respon berkaitan nilai, sikap dan amalan pegawai kanan dalam menyokong PPUS dan menentukan hubungan antara pembolehubah utama. Melalui soal selidik yang dijalankan responden mempunyai persepsi yang sederhana tinggi terhadap bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan. Pegawai kanan tidak yakin bahawa bidang keusahawanan dapat menjamin masa depan pelajar. Sebaliknya, nilai responden terhadap PPUS adalah tinggi, manakala sikap dan amalan mereka dalam menyokong program keusahawanan berada pada tahap sederhana tinggi. Selain itu penyelidik kajian ini turut mengemukan beberapa cadangan bagi menjayakan pendidikan keusahawanan di peringkat universiti.
Antara cadangan yang dikemukan penyelidik bagi menjayakan pendidikan keusahawanan di peringkat universiti ialah;
  1. Mewujudkan jaringan kerjasama yang lebih erat antara beberapa kementerian yang bertanggungjawab untuk memberi kesan sinergi bagi pembangunan usahawan.
  2. Memperkemaskan lagi modus operandi pentadbiran PPUS.
  3. Semua IPT hendaklah menggubal satu polisi atau dasar keusahawanan siswa agar dapat memandu tadbir urus perancangan dan pelaksanaan program keusahawanan di kampus.
  4. Selain itu penyelidik turut menyatakan pelaksanaan PPUS seharusnya tidak terhad kepada aktiviti perniagaan dalam kampus sahaja tapi hendaklah memberi peruntukan untuk menempatkan pelajar yang berminat dan terpilih untuk menjalankan program latihan di syarikat-syarikat swasta dalam tempoh masa tertentu.
  5. Pihak IPT perlu mewujudkan persekitaran keusahawanan yang sesuai dalam kampus.
  6. Pihak IPT perlu memberi pendedahan lebih luas kepada pagawai kanan tentang ilmu keusahawanan juga merupakan salah satu cadangan bagi menjayakan pendidikan keusahawanan di universiti.
  7. Bagi menggalakkan pensyarah melibatkan diri dalam aktiviti keusahawanan pelajar, dicadangkan supaya sistem ganjaran diubahsuai.    
  8. Setiap universiti hendaklah menjemput usahawan yang berjaya dalam pelbagai bidang, sebagai adjunct lecturer untuk memberi ceramah kepada pelajar.
  9. Setiap universiti hendaklah menggalakkan projek penyelidikan dan pembangunan dalam bidang keusahawanan, mempromosikan semua inovasi di universiti dan mengkomersialkan produk penyelidikan.
  10. Pihak IPT perlu mengkaji persepsi pensyarah yang terlibat secara langsung dengan aktiviti keusahawanan pelajar. Apakah kaedah terbaik untuk membudayakan keusahawanan di peringkat pengajian tinggi.
  11. Pihak IPT hendaklah menjalankan kajian untuk menentukan faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian PPUS.       
Melalui cadangan-cadangan yang dikemukan jelas menunjukkan nilai, sikap dan amalan pegawai kanan IPT terhadap program keusahawanan siswa adalah berkait.
         
Bahagian C :

“Jabatan Pengajian Tinggi (2007) menyatakan bahawa seramai 28,874 siswa dari jumlah 89,244 responden atau 32.4 peratus telah menghadiri program keusahawanan di 18 buah IPTA, 13 buah IPTS, 18 buah Politeknik dan 34 buah kolej komuniti dalam tahun 2006. Dalam kajian yang sama seramai 70.6 peratus responden menyatakan mereka ingin menjadi usahawan. Walaupun ramai berhasrat untuk menjadi usahawan, hanya 5.4 peratus graduan (dari jumlah yang bekerja) sahaja yang menceburi bidang keusahawanan.”                                          (Jabatan Pengajian Tinggi, 2007)

Kenyataan di atas jelas menunjukkan masih kurang penyertaan para graduan dalam bidang perniagaan. Terdapat beberapa penyebab utama yang mendorong mereka tidak berani bekerja sendiri. Salah satunya ialah, kejayaan siswa dalam program keusahawan di sesebuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan pendedahan akan kepentingan bidang keusahawanan kepada bakal graduan sebagai pilihan dalam kerjaya dikatakan berkait rapat dengan persepsi, nilai, sikap dan amalan pegawai kanan adalah benar. Saya sebagai pengulas amat menyokong kenyataan ini.  Menerusi kajian soal selidik yang dijalankan terhadap 35 orang pegawai kanan dari tujuh buah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang telah menjadi responden mempunyai nilai yang tinggi terhadap program keusahawanan. Namun tidak yakin bidang keusahawanan dapat menjamin masa depan pelajar selepas tamat pengajian. Responden yang terdiri daripada dekan juga beberapa kakitangan IPT yang tidak berpengalaman dalam bidang perniagaan menjadi salah satu faktor mereka tidak mengambil berat dan tidak yakin para pelajar mampu menguasai bidang tersebut. Pengalaman sebenar tidak dapat dirasai, hijab ini yang mengaburi pendapat mereka.
Saya berpendapat kurangnya motivasi dalam diri para graduan juga menjadi faktor mereka tidak memilih bidang keusahawanan sebagai kerjaya. Minda sudah menetapkan tidak suka akan cabaran maka diri lebih cenderung memilih kerja yang lebih mudah iaitu bekerja makan gaji. Malangnya disebabkan persaingan sengit pasaran kerja kini, tidak semua graduan bakal perolehi kerja-kerja yang di idamkan. Selain itu sikap memilih kerja segelintir daripada mereka turut memburukkan lagi keadaan. Oleh yang demikian peningkatan tahap pengangguran makin bertabah dari masa ke masa. Secara tidak langsung turut mempengaruhi pertumbuhan ekonomi negara. Semua kesan ini mungkin tidak akan dapat dilihat secara langsung pada masa yang singkat namun beberapa tahun akan datang kesannya jelas dapat dilihat sekiranya tidak ada penyelesaian yang berterusan.
Yang demikian motivasi dan juga pendedahan betapa pentingnya bidang keusahawanan kepada mahasiswa adalah sangat penting. Tidak hanya bergantung kepada program yang dianjurkan di universiti serta sokongan kuat beberapa pihak dalam menjayakan modul keusahawanan tetapi kesedaran tentang manfaat serta faedah yang berguna mengenai keusahawanan. Seperti yang diketahui pembangunan usahawan ini merupakan salah satu kerjaya yang sangat mulia, agama Islam sangat menggalakkan masyarakatnya menceburi bidang ini. Bidang keusahawanan merupakan punca rezeki yang utama iaitu sembilan daripada sepuluh punca rezeki menerusinya. Selain itu menjalankan usahawan dengan cara yang betul mengikut syarak dianggap satu ibadah kepada umat Islam.      
Sekali lagi ditekankan persepi, nilai, sikap dan amalan pegawai kanan IPT perlu seiring dengan usaha yang dikehendaki kerana ianya saling berkaitan, sokongan mereka amat penting bagi membuktikan program keusahawanan bukan sahaja satu aktiviti yang hanya dijayakan serta dijalankan di universiti tetapi sebagai satu bidang kerjaya pilihan. 

baru lagi, salah satu tugasan di sem-6...asas keusahawanan. 
     

3 comments:

  1. Saya ingin berkongsi kesaksian mengenai bagaimana perkhidmatan pendanaan Le_Meridian membantu saya dengan pinjaman sebanyak 2,000,000.00 USD untuk membiayai projek ladang ganja saya, saya sangat berterima kasih dan saya berjanji untuk berkongsi syarikat pembiayaan ini kepada sesiapa yang mencari jalan untuk mengembangkan perniagaannya project.the syarikat adalah syarikat pembiayaan. Sesiapa yang mencari sokongan kewangan perlu menghubungi mereka di lfdsloans@outlook.com Atau lfdsloans@lemeridianfds.com Encik Benjamin juga pada WhatsApp 1-989-394-3740 untuk membuat perkara mudah bagi mana-mana pemohon.

    ReplyDelete
  2. PlayOJO Casino Resort - Mapyro
    PlayOJO Casino Resort in Riverside, 순천 출장마사지 CA. View detailed customer reviews, videos, photos 계룡 출장안마 and more - view OJO Casino 세종특별자치 출장안마 Resort 대전광역 출장마사지 - a casino 대구광역 출장마사지 in Riverside,

    ReplyDelete